PRORAM ADVOKASI & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN MARIAM
21 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2017 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Chendering telah menganjurkan Program Advokasi & E-Waste di SK Tengku Ampuan Mariam. Beberapa staf dari PI1M yang terdekat seperti PI1M Telaga Daing dan Pi1M Mengabanag Lekar turut serta dalam program ini. Seramai 250 orang pelajar darjah 4, 5, 6 dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program Advokasi ini dijalan selama 2 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, dan taklimat mengenai E-Waste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI1M Chendering kepada warga sekolah. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :