SANTAI HAMMOCKER’S DI DAPO TEGANU

Aktiviti terkini | 08 - 09 Disember 2017

Tempat Aktiviti:
Dapo Teganu, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Tujuan :
Tujuan program ini adalah untuk mengajak para penggemar aktiviti riadah berkumpul dan berkongsi idea berkenaan outdoor activities, bersantai di dalam hammock dan memberi kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar dan bahayanya penggunaan internet yang tidak terkawal dan bahayanya penyimpanan barangan elektronik yang sudah tidak boleh digunakan lagi.

Kelebihan Aktiviti :
• Penyelia PI1M dapat mengenali para peserta yang menyertai Program Santai hammockers dan orang awam yang beriadah di Pantai Batu Buruk
• Dapat mewawarkan peranan PI1M dengan lebih meluas kepada peserta dan pengunjung
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Memberi kesedaran tentang betapa bahayanya penyimpanan barangan eletronik yang tidak lagi boleh diguna pakai terhadap diri sendiri dan orang sekeliling

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :